Sunday, April 30, 2006

Kuliah 6 : Praktikal & Penghayatan Solat 5 Mac 2006 (Bersama Ustazah Kak Asma')

Sebenarnya, selagi kita tidak mendirikan solat apabila telah masuk waktunya, seluruh makhluk di bumi ini akan mengutuk kita. Oleh itu bersama-samalah kita bersegera mendirikan solat apabila masuk waktunya.

Intipati Solat adalah "Ihdinossirotol mustakim" (maaf tak leh nak tulis jawi kat sini... (Ayat ke 5 dlm surah Alfatihah). Maknanya: seluruh solat kita, itulah tujuan kita, memohon kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus.

Di akhirat kelak, seluruh umat manusia akan dibariskan didalam 120 saf. Hanya 3 saf sahaja yang akan masuk ke syurga, manakala yang lain akan dihumban terus ke dalam neraka. Manusia di dalam 3 saf ini terbahagi pula kepada 4 bahagian:


1. Golongan Bighairi Hisab (orang yang tidak dihisab). - mereka ini adalah para Nabi, Rasul & anbia' yang terus masuk ke syurga tanpa hisab


2. Ashabul Yamin - orang-orang yang menerima kitab amalan di tangan kanan. Yakni timbangan pahalanya lebih berat dari dosa.


3. Ashabul Syimal - orang-orang yang menerima kitab amalan di tangan kiri. Mereka ini, timbangan dosanya lebih berat. Walaupun semasa di dunia, mereka percaya kepada Allah dsb tetapi dosanya banyak. Mereka ini akan diazab di neraka terlebih dahulu di atas dosa-dosanya dan kemudian akhir sekali baru dimasuk ke dalam syurga. Dahi mereka ini akan ditanda sebagai "banduan neraka" dan mereka akan masuk ke syurga bersama tanda ini. Perlu diingatkan didalam neraka tidak ada sesaat pun rehat dan tidak ada sesaat pun kegembiraan.


4. Ashabul a'araf - mereka ini adalah orang yang timbangan dosanya sama dengan timbangan pahala. Apabila Allah SWT menyuruh ia berpaling ke neraka untuk melihat azab yang dilalui oleh penghuni neraka, mereka juga akan merasa siksa sama seperti orang yang diazab itu. Dan apabila Allah SWT menyuruh ia berpaling ke syurga, maka berbahagialah ia juga melihat kebahgiaan orang didalam syurga. Untuk dia menjadi ahli syurga, Allah akan menyuruh dia meminta sedekah 1 pahala dari ahli syurga untuk memberatkan timbangan pahalanya. Dan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kerana apabila dimintanya 1 pahala dari ahli syurga, tiada orang yang akan memberi.

Hendaklah kita jangan memikir logik akal didunia atas kehidupan di akhirat kelak. Kerana memang tidak akan terjangkau pemikiran logik kita. Kerana akhirnya, orang yang akan menyedekahkan pahalanya adalah orang yang hanya mempunyai kelebihan 1 pahala. Fikir logik kita mestilah pahalanya berkurang pula, bukan..? Tetapi sebaliknya yang berlaku iaitu sebagai balasan pula Allah akan meningkatkan darjat disisiNya akan orang yang bersedekah pahalanya itu.

Jangan kita ingat mudah berasa malu di dalam syurga itu... Memang malu yang teramat sangat kerana terpaksa meminta sedekah dari ahli syurga @ terpaksa hidup dengan tanda "banduan neraka" di dahi.. Maka, sama-samalah kita menuju ke jalan yang benar, semoga kita tergolong dari orang2 yang menerima kitab amalan di tangan kanan (Dalam kuliah lepas, Kak Lam ada menyebut, kita membaca doa ini bila mengambil wudu' di tangan kanan: "YA ALLAH, BERIKANLAH KITAB AMALAN KU DITANGAN KANANKU")

Amalan solat terbahagi kepada 2 (zahir & batin). Perumpamaan kulit durian dan isinya. Yang zahir adalah kulit durian. Ia sangat penting untuk memelihara isi durian yang sedap itu. Oleh itu, perbuatan zahir kita dalam solat (rukuk, sujud dsb) adalah penting untuk menjaga roh kita yang solat. kerana yang dinilai oleh Allah itu lah sebenarnya amalan roh/hati/batin. Oleh itu tertolak hujah orang yang sembahyang hanya dengan mengatakan dia dah niat sembahyang atau sembahyang secara batin tanpa perbuatan2 zahir.

Di dalam waktu solat perlu kita tanamkan rasa-rasa ini supaya solat lebih khusyuk dan roh juga turut solat (bukan fizikal sahaja):

  • Waktu Kiam - rasa bersendiri dengan Tuhan. kerana bila kita mati nanti kita juga akan dikiamkan. begitulah perumpamaannya.
  • Waktu Rukuk - kita tunduk dengan perasaan malu yang termat dengan Allah, yang akan "mengalungkan" kita di akhirak kelak dengan kalung amalan kita... Kalau dosa yang banya... maka akan terkalunglah dosa kita di dada. Oleh itu kita harus rasa meminta pertolongan dari Allah " Tunjukkan Jalan Yang Lurus " . Umpamanya kita meminta tolong dari Allah bila anak kita akan dibaham harimau (maknanya - minta dengan sungguh-sungguh)
  • Waktu Iktidal - rasa malu dengan Tuhan, setelah meminta-minta tadi.
  • Waktu sujud - sambung lagi rasa malu dengan Allah. Betapa mulianya Allah dengan segala sifat kepujianNya. Hinanya kita ini sebagai hamba yang lemah, muka pun dah setaraf dengan kaki..."
  • Waktu Duduk Antara dua sujud. Zikir-zikir itu adalah untuk meminta ampun dari Allah selepas sedar rasa hina
  • Waktu Tahiyyat - rasa besarnya Allah. Segala keselamatan dan keindahan itu adalah adalah milik Allah semua yang kekal abadi. Selawat dan salam untuk Rasulullah... ucapan salam untuk diri sendiri dan semua makhluk Allah yang muslim... setelah ada rasa2 hina tadi.
  • Waktu salam - ucapan salam sejahtera kepada semua makhluk Allah yang dikiri dan di kanan. sebagai janji, tidak akan berlaku zalim dengan semua makhluk Allah.
Maka, perasaan-perasaan ini lah yang dibawa keluar dari solat. Dan jika dihalusi, mana mungkin kita berbuat kemungkaran lagi, jika semua rasa ini ada dalam hatii. Bila mana diri telah merasakan Allah sentiasa bersama, hendak buat maksiat pun tak jadi, mengingatkan rasa-rasa tadi. Wallahu'alam

No comments: