Saturday, November 27, 2010

Kita Sedang Di Tegur - Surah Abasa (80)

 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



Jangan berpaling dari orang yang kelihatan hina/cacat/kurang dari kita
Dia memasamkan muka dan berpaling, (1) Kerana dia didatangi orang buta. (2)  Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! (3) Ataupun dia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. (4) 

Tak perlu bersungguh-sungguh mahu melayan orang yang sombong dan merasakan diri hebat sehingga mereka tidak memerlukan ajaran Al-Quran, kita tidak bersalah pun keatas orang yang tidak mahu membersihkan dirinya.
Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), (5) Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. (6) Padahal engkau tidak bersalah kalau dia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). (7)

Jangan berlengah dalam melayan orang yang datang dengan perasaan takut kerana telah melanggar perintah Allah.
Adapun orang yang segera datang kepadamu, (8) Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah); (9) Maka engkau berlengah-lengah melayaninya. (10) Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). (11) 

Siapa yang mahu kebaikan, dia akan mengambil iktibar dari Al Quran yang sangat mulia dan terpelihara.
Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah dia mengambil peringatan daripadanya. (12) (Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan; (13) Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan); (14) (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Luh Mahfuz; (15) (Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti. (16) 

 

Selagi kita bernama makhluk bernama manusia, tak perlulah angkuh kerana kita diciptakan oleh Allah, dari air mani dan diberi tanggungjawab oleh Allah di dunia ini. Hidup bukan untuk suka-suka. Kita diberi akal oleh Allah untuk memilih jalan yang baik dan buruk. Kita akan dimatikan dan dibangkitkan dan dipersoalkan. Maka, JANGANLAH ingkar!
Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya? (17) (Tidakkah dia memikirkan) dari apakah dia diciptakan oleh Allah? (18) Dari air mani diciptakannya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab; (19) Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang dia pilih); (20) Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya dia dikuburkan; (21) Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula). (22) Janganlah hendaknya dia kufur ingkar lagi! Sebenarnya dia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya. (23) 

 

Jika yang itu pun kita tidak dapat berfikir tentang kejadian diri sendiri, masih nak merasa diri sendiri hebat dan angkuh, lihatlah pada benda-benda yang kita makan setiap hari. Bolehkah kita mahu mencipta tumbuh-tumbuhan. Dari air hujan yang Allah turunkan, ada sayur, bijiran, buah2an , masing2 mempunyai zat yang tersendiri. Adanya rumput untuk binatang ternakan, dan kita juga mendapat makanan dari ternakan itu. Renungkan asal-usul makanan kita itu.
(Kalaulah dia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya): (24) Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. (25) Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan; (26) Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian, (27) Dan buah anggur serta sayur-sayuran, (28) Dan zaitun serta pohon-pohon kurma, (29) Dan taman-taman yang menghijau subur, (30) Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput; (31) Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu. (32) 

Dan hari kiamat itu pasti akan tiba, dan tiada masa bagi setiap manusia untuk menyelamatkan yang lain selain menyibukkan diri untuk dirinya sahaja. Lupa saudara, ibu, bapa, isteri dan anak.
Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat; (33) Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, (34)Dan ibunya serta bapanya, (35) Dan isterinya serta anak-anaknya; (36) Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja. (37) 

Waktu itulah jelas kelihatan muka orang yang berseri-seri (Beriman) dan muka orang yang berdebu, hita, dan gelap (derhaka). 
Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri, (38) Tertawa, lagi bersuka ria; (39) Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu, (40) Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. (41)Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka. / (42)

Malunya aku pada MU Ya Allah...... Sarat dengan dosa, dan KAU berikan jawapan melalui KalamMU..... 

YA ALLAH... JADIKAN KAMI DARI GOLONGAN MEREKA YANG BERSERI WAJAHNYA DI HARI AKHIR. AMPUNKAN KAMI DI ATAS KEALPAAN DAN KEKHILAFAN KAMI. JANGANLAH KAU JADIKAN KAMI ORANG-ORANG YANG RUGI SETELAH KAU LIMPAHKAN RAHMATMU, SETELAH KAU BERIKAN HIDAYAH DAN TAUFIQ. AMPUNI KAMI YA ALLAH. BERILAH REDHO MU DAN BERKATMU DALAM HIDUP KAMI SEHINGGA AKHIR HAYAT.  RINGANKAN MULUT KAMI MENYEBUT NAMAMU YA ALLAH.....AMIN YA ROBBI.

Sunday, November 14, 2010

10 perangkap syaitan -- Sifat mazmumah penyebab utama


ALLAH berfirman yang bermaksud:
"Syaitan memberikan janji yangmembangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itutidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempatmereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempatuntuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa'': 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam dirimasing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yangdiamalkan dalam kehidupan seharian.

Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atautidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untukmenapak dalam diri.

Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akansanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginannafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saatdan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikitsyaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badanmanusia tersebut.

Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasaihati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut danmemujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah.

Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut.Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusiamelalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam dirimanusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yanglazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allahyang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak.Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yangmemerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yangmerasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Merekaterlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu bolehditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: ``Sesungguhnya Dia tidakmenyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkansesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hiduporang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian,perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan Rasulullah s.a.w. selalu menasihati para sahabat bagindaagar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusiayang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri merekadinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dandendam yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yangbermaksud: `` Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akanmemakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering ``(Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individuitu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan oranglain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki.

Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawaRasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: ``Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tuaMuslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melaluisifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:``Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnyahamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (RiwayatAbu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusahabagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allahdan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impianyang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatantanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullahs.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkatakepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yangberkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

P/s: Sama2 lah kita perbaiki diri,dan jauh kan diri kita dari sifat
mazmummah,insyaAllah..
peringatan ini saya ambil dari seorang sahabt sy.
jika nak share atau copy,silakan..

From Tok Wan's Facebook