Sunday, April 30, 2006

Kuliah 6 : Praktikal & Penghayatan Solat 5 Mac 2006 (Bersama Ustazah Kak Asma')

Sebenarnya, selagi kita tidak mendirikan solat apabila telah masuk waktunya, seluruh makhluk di bumi ini akan mengutuk kita. Oleh itu bersama-samalah kita bersegera mendirikan solat apabila masuk waktunya.

Intipati Solat adalah "Ihdinossirotol mustakim" (maaf tak leh nak tulis jawi kat sini... (Ayat ke 5 dlm surah Alfatihah). Maknanya: seluruh solat kita, itulah tujuan kita, memohon kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus.

Di akhirat kelak, seluruh umat manusia akan dibariskan didalam 120 saf. Hanya 3 saf sahaja yang akan masuk ke syurga, manakala yang lain akan dihumban terus ke dalam neraka. Manusia di dalam 3 saf ini terbahagi pula kepada 4 bahagian:


1. Golongan Bighairi Hisab (orang yang tidak dihisab). - mereka ini adalah para Nabi, Rasul & anbia' yang terus masuk ke syurga tanpa hisab


2. Ashabul Yamin - orang-orang yang menerima kitab amalan di tangan kanan. Yakni timbangan pahalanya lebih berat dari dosa.


3. Ashabul Syimal - orang-orang yang menerima kitab amalan di tangan kiri. Mereka ini, timbangan dosanya lebih berat. Walaupun semasa di dunia, mereka percaya kepada Allah dsb tetapi dosanya banyak. Mereka ini akan diazab di neraka terlebih dahulu di atas dosa-dosanya dan kemudian akhir sekali baru dimasuk ke dalam syurga. Dahi mereka ini akan ditanda sebagai "banduan neraka" dan mereka akan masuk ke syurga bersama tanda ini. Perlu diingatkan didalam neraka tidak ada sesaat pun rehat dan tidak ada sesaat pun kegembiraan.


4. Ashabul a'araf - mereka ini adalah orang yang timbangan dosanya sama dengan timbangan pahala. Apabila Allah SWT menyuruh ia berpaling ke neraka untuk melihat azab yang dilalui oleh penghuni neraka, mereka juga akan merasa siksa sama seperti orang yang diazab itu. Dan apabila Allah SWT menyuruh ia berpaling ke syurga, maka berbahagialah ia juga melihat kebahgiaan orang didalam syurga. Untuk dia menjadi ahli syurga, Allah akan menyuruh dia meminta sedekah 1 pahala dari ahli syurga untuk memberatkan timbangan pahalanya. Dan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kerana apabila dimintanya 1 pahala dari ahli syurga, tiada orang yang akan memberi.

Hendaklah kita jangan memikir logik akal didunia atas kehidupan di akhirat kelak. Kerana memang tidak akan terjangkau pemikiran logik kita. Kerana akhirnya, orang yang akan menyedekahkan pahalanya adalah orang yang hanya mempunyai kelebihan 1 pahala. Fikir logik kita mestilah pahalanya berkurang pula, bukan..? Tetapi sebaliknya yang berlaku iaitu sebagai balasan pula Allah akan meningkatkan darjat disisiNya akan orang yang bersedekah pahalanya itu.

Jangan kita ingat mudah berasa malu di dalam syurga itu... Memang malu yang teramat sangat kerana terpaksa meminta sedekah dari ahli syurga @ terpaksa hidup dengan tanda "banduan neraka" di dahi.. Maka, sama-samalah kita menuju ke jalan yang benar, semoga kita tergolong dari orang2 yang menerima kitab amalan di tangan kanan (Dalam kuliah lepas, Kak Lam ada menyebut, kita membaca doa ini bila mengambil wudu' di tangan kanan: "YA ALLAH, BERIKANLAH KITAB AMALAN KU DITANGAN KANANKU")

Amalan solat terbahagi kepada 2 (zahir & batin). Perumpamaan kulit durian dan isinya. Yang zahir adalah kulit durian. Ia sangat penting untuk memelihara isi durian yang sedap itu. Oleh itu, perbuatan zahir kita dalam solat (rukuk, sujud dsb) adalah penting untuk menjaga roh kita yang solat. kerana yang dinilai oleh Allah itu lah sebenarnya amalan roh/hati/batin. Oleh itu tertolak hujah orang yang sembahyang hanya dengan mengatakan dia dah niat sembahyang atau sembahyang secara batin tanpa perbuatan2 zahir.

Di dalam waktu solat perlu kita tanamkan rasa-rasa ini supaya solat lebih khusyuk dan roh juga turut solat (bukan fizikal sahaja):

  • Waktu Kiam - rasa bersendiri dengan Tuhan. kerana bila kita mati nanti kita juga akan dikiamkan. begitulah perumpamaannya.
  • Waktu Rukuk - kita tunduk dengan perasaan malu yang termat dengan Allah, yang akan "mengalungkan" kita di akhirak kelak dengan kalung amalan kita... Kalau dosa yang banya... maka akan terkalunglah dosa kita di dada. Oleh itu kita harus rasa meminta pertolongan dari Allah " Tunjukkan Jalan Yang Lurus " . Umpamanya kita meminta tolong dari Allah bila anak kita akan dibaham harimau (maknanya - minta dengan sungguh-sungguh)
  • Waktu Iktidal - rasa malu dengan Tuhan, setelah meminta-minta tadi.
  • Waktu sujud - sambung lagi rasa malu dengan Allah. Betapa mulianya Allah dengan segala sifat kepujianNya. Hinanya kita ini sebagai hamba yang lemah, muka pun dah setaraf dengan kaki..."
  • Waktu Duduk Antara dua sujud. Zikir-zikir itu adalah untuk meminta ampun dari Allah selepas sedar rasa hina
  • Waktu Tahiyyat - rasa besarnya Allah. Segala keselamatan dan keindahan itu adalah adalah milik Allah semua yang kekal abadi. Selawat dan salam untuk Rasulullah... ucapan salam untuk diri sendiri dan semua makhluk Allah yang muslim... setelah ada rasa2 hina tadi.
  • Waktu salam - ucapan salam sejahtera kepada semua makhluk Allah yang dikiri dan di kanan. sebagai janji, tidak akan berlaku zalim dengan semua makhluk Allah.
Maka, perasaan-perasaan ini lah yang dibawa keluar dari solat. Dan jika dihalusi, mana mungkin kita berbuat kemungkaran lagi, jika semua rasa ini ada dalam hatii. Bila mana diri telah merasakan Allah sentiasa bersama, hendak buat maksiat pun tak jadi, mengingatkan rasa-rasa tadi. Wallahu'alam

Kuliah 5 : Bab Khusyuk Solat (19 Feb 2006)

Dengan Izin Allah SWT, kuliah semalam berjalan dengan baik.

Nota saya tak salin sbb ustazah (Kak Lam) refer kat nota yang telah di photocopy itu sahaja. Cuma ada beberapa perbincangan yang tidak formal telah dibuat semalam. Dan kuliah tamat jam lebih kurang 11.30a.m. dan diselang seli dengan sajak berkenaan solat dan hati yang disampaikan oleh ummies...

Alhamdulillah, dah selesai hingga ke Bab Khusyuk Solat. Yang selebihnya kena praktis sendiri. Kak Lam ada berpesan, ilmu yang tidak diamalkan dalam masa 40 hari akan hilang.

Lain-lain perkara yang dibincangkan adalah revision cara-cara berwudhu, kemusykilan ummies dalam bab solat berjemaah, antara kaedah mendidik anak dalam mengenali sifat-sifat Allah, cara-cara mengejutkan anak dari tidur dan juga bagaimana hendak menghilangkan ego dalam diri... ini termasuklah menjaga hubungan suami-isteri yang mana bila suami kurang mahu membantu dalam kerja2 rumah, kita rasa seperti hendak memberontak.

Antaranya, kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah. Utk anak2, kita kena perkenalkan betapa besarnya kurniaan Allah kpd kita hanya dengan memerhatikan pancaindera yang kita ada. Mata untuk melihat, hidung untuk bernafas.. tetapi jangan pula kita kata kekurangan insan lain seperti yg buta adalah kerana Allah bencikan dia. begitu juga jika kita ada masalah atau sakit, itu sebenarnya tanda Allah kasih dgn kita. Sama ada untuk menghapuskan dosa atau untuk meningkatkan darjat kita di sisi Allah.

Berkenaan dengan rasa tidak puas hati sesama manusia, pertamanya kita kena sabar, kemudian redha dan lebih dari itu adalah lupakan.... kita juga tiada lebihnya (bukan kurangnya) dari insan lain. Tiada apa yang istimewanya, Cuba picit mata, tahi yang keluar; picit hidung, tahi juga; telinga pun demikian, tahi juga yang keluar...

Jika ada teman-teman lain yang nak tambah silakan.... Peringatan buat diriku yang lupa...
-- Rodziah Ahmad

Kuliah bersempena Maal Hijrah 1426 (12 Feb 2006)

Kita di suruh menghayati/ mengetahui tentang peristiwa2 yg berlaku di bulan Muharram/Hijrah....
Contoh:- Peristiwa Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Yunus, Nabi Musa dan byk lagi peristiwa yang berlaku di zaman dulu lagi .

Konsep Maal Hijrah di Malaysia telah terpesong dan perlu diingatkan bahawa Maal Hijrah ada hubung kaitnya dengan hubungan kita dengan Allah, Rasul dan Agama Islam.

Sesiapa di kalangan kita membuat penghijrahan kerana Allah itu adalah yang paling bagus, setiap penghijrahan kita mestilah ada bersebab iaitu kerana Allah ....
Dalam konteks Nabi Muhammad di suruh berhijrah ke Medina adalah untuk memperkembangan agama islam dgn lebih meluas lagi ....

Nabi dapat menerapkan perasaan cintakan Allah ke dalam hati setiap penduduk di Medina dan penduduk di Medina sungguh mengkagumi dengan cara penyampaian Nabi.

Melalui penghijrahan Nabi juga kita dpt melihat berbagai perubahan di kalangan penduduk Medina di antara perubahan yg berlaku adalah :-
1. Nabi menjadi lebih terkenal dan ramai yang ingin mengetahui tentang Nabi.

2. Ramai pengikut Nabi yg sanggup meninggalkan kekayaan mereka dan memeluk agama islam dan mereka sudi berkongsikan harta mereka di antara satu sama lain ... Yg kaya mengkongsikan harta mereka dgn yg miskin.

3. Pada waktu Nabi mula-mula sampai ke Medina ada 2 puak yg bermusuh kaum Ansar dan Yahudi tetapi Nabi dpt mendamaikan kedua-dua pihak ini.

4. Pada masa yg sama juga org2 Yahudi ini memang suka menyelewang tentang Al-Quran suka menyesatkan kita dari mengikuti ajaran Nabi.

5. Nabi juga dapat mewujudkan sifat toleransi di antara satu sama lain....

(Notes from Shiela)

Perkongsian Ilmu dari Ummi Liza (pada 13/02/2006)

4 perkara dalam rumah yang menyebabkan malaikat rahmat tidak masuk:
1. rumah yang tidak dibaca al-Quran di dalamnya
2. rumah yang terdapat anak2 (remaja, dah baligh) yang derhaka kepadakedua ibubapanya
3. rumah yang tiada tetamu, kerana tetamu datang membawa rahmat dankita diwajibkan melayan tetamu spenuhnya selama 3 hari 3 malam.(note: lepas ni AU kena buat lawatan sebulan sekali gi rumah kawan2...potluck, hehehe tuan rumah jangan susah2, ala kadar..)
4. rumah yang ada patung, iaitu yang full-figure dari kepala sampaikaki, yang bagai diberi tempat istimewa dsbnya.- permainan patung anak2 diharuskan dengan syarat ianya tidak diletakdi tempat yang tinggi atau ditempat yang istimewa.

Sedikit ilmu diceduk dari bekas mufti terengganu (kakak ni dok t'ganu sat):-
kalau rumah kita boleh pagari rumah agar orang jahat jangan masuk kedalam rumah. tetapi sekarang anak2 kita yang keluar dari rumah danpelbagai musibah boleh menimpa. Jadi, kita perlu pagari anak kitadengan mengajar dia membaca sepotong ayat dari surah Yaasin, ayat 9,supaya Allah lindungi dia dari atas, bawah, kiri, kanan, depan danbelakang. Ayat ini diajar pada anak2 perempuan dan anak2 lelaki.

Sedikit ilmu diceduk dari Datuk Harun Din:-
Untuk menghadapi anak2 yang degil, dibacakan surah al-Hasyr, ayat21-24 dan dihembus pada ubun2 anak tersebut.(note: boleh juga dibaca pada suami/isteri yang bermasalah.. tapijangan disalahguna oleh suami agar isteri membenarkan suami kahwinlagi satu, hahaha..)

4 perubahan pada anak2 yang perlu diperhati dan juga perubahan yangperlu kita lalui:
1. sikap: mula menerima perubahan sikap pada anak dan kita perluberubah sesuai dengan perubahan anak2
2. kemahiran: kita kena keep pace dengan apa yang diketahuioleh anak2
3. imej: menjaga imej kita agar mudah dicontohi anak2(note: kalau tak mo anak selekeh, makayah pun tak boleh selekeh, hehehe)
4. motivasi: jika kita melihat kelakuan anak kita semakin kurangmemberangsang, kita perlu bersedia utk memotivasikan anak2 kita...

Kuliah 4: Tingkat-tingkat Solat (Kuliah pada 5 Feb 2006)

Kuliah hari ini mengimbas kembali tingkat-tingkat solat dan dikupas oleh Ustazah Rohani.

Berkat dari Tuhan adalah hidayah & taufiq. Hidayah yang tidak dijaga akan hilang umpamanya apabila orang yang mengakui dirinya Islam tetapi merasa tidak perlu solat. Maka, hendaklah kita selalu berdoa agar Allah tidak menarik kembali hidayah yang telah diberi kepada kita dan berdoa juga agar kita sentiasa mendapat pandangan rahmat-Nya.
Oleh yang demikian, apabila setiap hari bangun dari tidur maka hendaklah kita bertafakur sejenak dan mensyukuri nikmat yang pertama kita peroleh hari itu, iaitu nikmat hidup, menghirup udara kurniaan Tuhan.

Seterusnya, niatkan apa-apa yang akan kita lakukan pada hari itu agar ia menjadi ibadah, sama ada memasak untuk suami, anak dsb.

Ini adalah kerana perkara baik akan menjadi ibadah apabila wujud 5 perkara iaitu:
1. niat yang betul
2. perlaksanaan yang betul
3. hasil/natijah yang betul
4. halal (sah dari sudut syariat)
5. tidak meninggalkan ibadah asas.
contoh yang mudah adalah kenduri perkahwinan. Niatnya adalah untuk mengumumkan perkahwinan. Perlaksanaannya mengikut syarak spt tiada unsur2 melalaikan seperti joget lambak; Hasilnya akan tererat kembali silaturrahim antara keluarga yang jauh-jauh, bukan akibatnya keluarga bergaduh dsb. Sumber untuk menanggung belanja kenduri adalah halal; Ibadah pokok tidak ditinggalkan (contoh: meninggalkan sembahyang kerana takut terlepas pemberian wang dari tetamu yang hadir untuk "bersalam")

Terdapat perbezaan antara orang Soleh & Orang Bertaqwa.
Orang soleh terjamin hidupnya di akhirat tetapi didunia belum pasti terjamin hidupnya. Seperti kita melihat orang alim yang hidupnya melarat, susah.
Manakala orang bertaqwa pula adalah orang yang terjamin selamat di dunia & di akhirat. Jika dia kaya, rezekinya itu tidak akan melalaikannya dan dikongsi dgn orang lain. Tetapi jika dia miskin didunia dia sentiasa berada di dalam keadaan yang paling redha dan tidak meminta-minta.

Contoh yang paling baik adalah Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling kaya kerana jika dimintanya gunung menjadi emas, pasti kekasih Allah itu akan memperolehinya. Tetapi Baginda tidak meminta itu, malah dikongsi kesusahan bersama umatnya, menahan lapar dengan mengikat batu pada perutnya. Sehinggakan pada saat kematian Baginda yang paling lembut itu, baginda berdoa kepada Allah supaya kesakitan sakratul maut seluruh umatnya dipindahkan kepadanya. Begitu kasihnya Rasulullah SAW kepada kita.... apakah tandanya kita mengasihi Rasulullah SAW, membalas kasihnya itu...? Maka hendaklah kita sentiasa berselawat kepadanya dan mengikuti sunnahnya.

Oleh itu hendaklah kita menjadikan solat sebagai waktu sepenuhnya untuk merasakan diri sebagai hamba Allah SWT. Dan apa jua yang terjadi, fikirkan peranan Tuhan dalam setiap kejadian.

Jangan kita biarkan akal manusia kita berfikir-fikir dan mencari logik kerana syaitan akan mengambil peluang untuk menyesatkan kita bila kita dalam keadaan demikian. Contohnya, jika seseorang itu kematian anak, mungkin dia redha asalnya tetapi bila orang lain asyik bertanya-tanya bagaimana perasaannya kematian anak, bila bercampur dengan hasutan syaitan, akhirnya dia akan cuba mempertikaikan mengapa perkara itu terjadi kepadanya dan bukan orang lain. Maka hendaklah kita sentiasa kembali kepada Allah, melalui solat, mengadu kepadaNya. Apabila kita selalu mengadu kepadaNya, pasti suatu hari, Allah akan menjawab persoalan kita melalui ilham, gerak hati.

Solat juga membakar sifat-sifat mazmumah (keji) dalam diri manusia, dan hasilnya akan wujud sifat-sifat baik sebagaimana yang terkandung di dalam nama-nama Allah yang 99 kecuali sifat takbur. Sifat takbur itu hanyalah untuk Allah semata-mata.

Harap kawan2 yg lain dapat menambah apa yang terkurang disini...
Sekian sebagai peringatan diriku yang pelupa...