Sunday, April 30, 2006

Kuliah 5 : Bab Khusyuk Solat (19 Feb 2006)

Dengan Izin Allah SWT, kuliah semalam berjalan dengan baik.

Nota saya tak salin sbb ustazah (Kak Lam) refer kat nota yang telah di photocopy itu sahaja. Cuma ada beberapa perbincangan yang tidak formal telah dibuat semalam. Dan kuliah tamat jam lebih kurang 11.30a.m. dan diselang seli dengan sajak berkenaan solat dan hati yang disampaikan oleh ummies...

Alhamdulillah, dah selesai hingga ke Bab Khusyuk Solat. Yang selebihnya kena praktis sendiri. Kak Lam ada berpesan, ilmu yang tidak diamalkan dalam masa 40 hari akan hilang.

Lain-lain perkara yang dibincangkan adalah revision cara-cara berwudhu, kemusykilan ummies dalam bab solat berjemaah, antara kaedah mendidik anak dalam mengenali sifat-sifat Allah, cara-cara mengejutkan anak dari tidur dan juga bagaimana hendak menghilangkan ego dalam diri... ini termasuklah menjaga hubungan suami-isteri yang mana bila suami kurang mahu membantu dalam kerja2 rumah, kita rasa seperti hendak memberontak.

Antaranya, kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah. Utk anak2, kita kena perkenalkan betapa besarnya kurniaan Allah kpd kita hanya dengan memerhatikan pancaindera yang kita ada. Mata untuk melihat, hidung untuk bernafas.. tetapi jangan pula kita kata kekurangan insan lain seperti yg buta adalah kerana Allah bencikan dia. begitu juga jika kita ada masalah atau sakit, itu sebenarnya tanda Allah kasih dgn kita. Sama ada untuk menghapuskan dosa atau untuk meningkatkan darjat kita di sisi Allah.

Berkenaan dengan rasa tidak puas hati sesama manusia, pertamanya kita kena sabar, kemudian redha dan lebih dari itu adalah lupakan.... kita juga tiada lebihnya (bukan kurangnya) dari insan lain. Tiada apa yang istimewanya, Cuba picit mata, tahi yang keluar; picit hidung, tahi juga; telinga pun demikian, tahi juga yang keluar...

Jika ada teman-teman lain yang nak tambah silakan.... Peringatan buat diriku yang lupa...
-- Rodziah Ahmad

No comments: