Wednesday, December 01, 2010

Az-Zumar (QS39: 30-38)

Janganlah kita berasa takut dengan makhluk. Bukankah Allah yang akan mencukupkan rezeki dan takdir kita..? Perlindungan itu adalah dari Allah semata-mata. Untuk apa memelihara dendam kesumat dalam jiwa dan juga berlagak angkuh seperti kitalah yang terbaik diantara semua. Akhir kelak, mati juga dan kita akan diadiili di hadapan Allah SWT. Semoga Allah mengampuni dosa2 kita  yang terdahulu, sekarang  dan akan datang.

------

 Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati dan sesungguhnya mereka juga akan mati. (30)

 Kemudian, sesungguhnya kamu semua, pada hari kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu. (31) 

(Apabila berlaku yang demikian), maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam Neraka Jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir? (32)

 Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum agama) serta dia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertakwa. (33)

 Disediakan untuk mereka apa yang mereka kehendaki, di sisi Tuhan mereka; demikianlah balasan orang-orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya. (34) 

(Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertakwa) kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (35)

 Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertakwa)? Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain dari Allah dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya. (36)

 Dan sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)? (37)

 Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri. (38) 

Saturday, November 27, 2010

Kita Sedang Di Tegur - Surah Abasa (80)

 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



Jangan berpaling dari orang yang kelihatan hina/cacat/kurang dari kita
Dia memasamkan muka dan berpaling, (1) Kerana dia didatangi orang buta. (2)  Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! (3) Ataupun dia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. (4) 

Tak perlu bersungguh-sungguh mahu melayan orang yang sombong dan merasakan diri hebat sehingga mereka tidak memerlukan ajaran Al-Quran, kita tidak bersalah pun keatas orang yang tidak mahu membersihkan dirinya.
Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), (5) Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. (6) Padahal engkau tidak bersalah kalau dia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). (7)

Jangan berlengah dalam melayan orang yang datang dengan perasaan takut kerana telah melanggar perintah Allah.
Adapun orang yang segera datang kepadamu, (8) Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah); (9) Maka engkau berlengah-lengah melayaninya. (10) Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). (11) 

Siapa yang mahu kebaikan, dia akan mengambil iktibar dari Al Quran yang sangat mulia dan terpelihara.
Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah dia mengambil peringatan daripadanya. (12) (Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan; (13) Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan); (14) (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Luh Mahfuz; (15) (Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti. (16) 

 

Selagi kita bernama makhluk bernama manusia, tak perlulah angkuh kerana kita diciptakan oleh Allah, dari air mani dan diberi tanggungjawab oleh Allah di dunia ini. Hidup bukan untuk suka-suka. Kita diberi akal oleh Allah untuk memilih jalan yang baik dan buruk. Kita akan dimatikan dan dibangkitkan dan dipersoalkan. Maka, JANGANLAH ingkar!
Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya? (17) (Tidakkah dia memikirkan) dari apakah dia diciptakan oleh Allah? (18) Dari air mani diciptakannya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab; (19) Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang dia pilih); (20) Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya dia dikuburkan; (21) Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula). (22) Janganlah hendaknya dia kufur ingkar lagi! Sebenarnya dia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya. (23) 

 

Jika yang itu pun kita tidak dapat berfikir tentang kejadian diri sendiri, masih nak merasa diri sendiri hebat dan angkuh, lihatlah pada benda-benda yang kita makan setiap hari. Bolehkah kita mahu mencipta tumbuh-tumbuhan. Dari air hujan yang Allah turunkan, ada sayur, bijiran, buah2an , masing2 mempunyai zat yang tersendiri. Adanya rumput untuk binatang ternakan, dan kita juga mendapat makanan dari ternakan itu. Renungkan asal-usul makanan kita itu.
(Kalaulah dia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya): (24) Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. (25) Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan; (26) Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian, (27) Dan buah anggur serta sayur-sayuran, (28) Dan zaitun serta pohon-pohon kurma, (29) Dan taman-taman yang menghijau subur, (30) Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput; (31) Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu. (32) 

Dan hari kiamat itu pasti akan tiba, dan tiada masa bagi setiap manusia untuk menyelamatkan yang lain selain menyibukkan diri untuk dirinya sahaja. Lupa saudara, ibu, bapa, isteri dan anak.
Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat; (33) Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, (34)Dan ibunya serta bapanya, (35) Dan isterinya serta anak-anaknya; (36) Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja. (37) 

Waktu itulah jelas kelihatan muka orang yang berseri-seri (Beriman) dan muka orang yang berdebu, hita, dan gelap (derhaka). 
Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri, (38) Tertawa, lagi bersuka ria; (39) Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu, (40) Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. (41)Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka. / (42)

Malunya aku pada MU Ya Allah...... Sarat dengan dosa, dan KAU berikan jawapan melalui KalamMU..... 

YA ALLAH... JADIKAN KAMI DARI GOLONGAN MEREKA YANG BERSERI WAJAHNYA DI HARI AKHIR. AMPUNKAN KAMI DI ATAS KEALPAAN DAN KEKHILAFAN KAMI. JANGANLAH KAU JADIKAN KAMI ORANG-ORANG YANG RUGI SETELAH KAU LIMPAHKAN RAHMATMU, SETELAH KAU BERIKAN HIDAYAH DAN TAUFIQ. AMPUNI KAMI YA ALLAH. BERILAH REDHO MU DAN BERKATMU DALAM HIDUP KAMI SEHINGGA AKHIR HAYAT.  RINGANKAN MULUT KAMI MENYEBUT NAMAMU YA ALLAH.....AMIN YA ROBBI.

Sunday, November 14, 2010

10 perangkap syaitan -- Sifat mazmumah penyebab utama


ALLAH berfirman yang bermaksud:
"Syaitan memberikan janji yangmembangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itutidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempatmereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempatuntuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa'': 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam dirimasing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yangdiamalkan dalam kehidupan seharian.

Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atautidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untukmenapak dalam diri.

Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akansanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginannafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saatdan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikitsyaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badanmanusia tersebut.

Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasaihati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut danmemujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah.

Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut.Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusiamelalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam dirimanusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yanglazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allahyang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak.Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yangmemerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yangmerasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Merekaterlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu bolehditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: ``Sesungguhnya Dia tidakmenyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkansesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hiduporang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian,perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan Rasulullah s.a.w. selalu menasihati para sahabat bagindaagar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusiayang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri merekadinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dandendam yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yangbermaksud: `` Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akanmemakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering ``(Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individuitu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan oranglain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki.

Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawaRasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: ``Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tuaMuslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melaluisifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:``Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnyahamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (RiwayatAbu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusahabagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allahdan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impianyang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatantanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullahs.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkatakepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yangberkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

P/s: Sama2 lah kita perbaiki diri,dan jauh kan diri kita dari sifat
mazmummah,insyaAllah..
peringatan ini saya ambil dari seorang sahabt sy.
jika nak share atau copy,silakan..

From Tok Wan's Facebook

Saturday, October 23, 2010

Bayar Fidyah Tinggal Puasa


Bayar Fidyah Tinggal Puasa
Wednesday, 14 April 2010 14:30 | Written by Ustaz Alias |    
Disini akan dibahaskan mereka yang wajib membayar fidyah dan mereka yang tidak wajib membayarnya dengan itu saya mulakan mereka yang wajib membayar fidyah.
Mereka yang wajib membayar fidyah kerana meningalkan puasa ialah:
1. Orang yang meningalkan puasa ramadan dengan sebab uzur dan dia ada masa mengqada’nya dan dia tidak mengqada’nya sehinga dia mati maka wajib walinya mengeluarkan tiap-tiap satu hari satu cupak makanan yang diambil dari harta peningalannya. Ahli keluarga (wali) si mati boleh mengqada’kan puasa si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.
Sekiranya si mati tidak mengqada’ puasanya dan telah masuk ramadan yang lain maka wajib dua fidyah, satu fidyah puasa yang tak dapat diqada’nya kerana dia dah mati, dan satu fidyah melangkau qada’nya pada ramadan yang lain, begitulah seterusnya jika puasa yang tidak diqada’ melangkau dua tahun, tiga tahun …… hukum ini berbeza dengan orang yang hidup, sila lihat no. 5. Ahli keluarga si mati boleh mengqada’kan puasa si mati sekiranya mereka mahu dan hanya perlu mengeluarkan satu fidyah sekiranya puasa yang tidak diqada’ telah diselang oleh satu ramadan.
2. Orang yang meningalkan puasa ramadan dengan tiada uzur dan tidak ada masa mengqada’kannya sebelum dia mati, maka wajib atas walinya membayar fidyah secupak makanan untuk tiap-tiap hari yang ditingalkannya. Ahli keluarga si mati boleh mengqada’kan puasa si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.
3. Orang yang ada puasa nazar dan dia ada masa memperbuatnya tetapi dia tidak puasa sehinga dia mati, maka wajib mengeluarkan secupak makanan bagi tiap-tiap satu hari puasa yang dinazarnya. Fidyah itu hendaklah diambil dari harta peningalannya. Ahli keluarga si mati boleh berpuasa bagi pehak si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.
4. Orang yang ada puasa kafarah sama ada kafarah jimak dalam bulan ramadan, kafarah zihar, kafarah sumpah, atau kafarah bunuh, sedangkan dia ada masa mengerjakan puasa itu tetapi dia tidak berpuasa sehinga dia mati, maka wajib dikeluarkan setiap puasanya itu satu cupak makanan yang diambil dari harta peningalannya. Ahli keluarga si mati boleh berpuasa bagi pehak si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.
5. Orang yang melewatkan qada’ puasanya sehinga masuk ramadan yang lain, wajib keatasnya mengqada’ puasanya dan mengeluarkan fidyah iaitu secupak makanan bagi tiap-tiap hari yang dilewatkan itu, sekiranya yang dilewatkan itu dua tahun, maka dua cupak, jika yang dilewatkan itu tiga tahun maka tiga cupak begitulah seterusnya.
Orang yang melewatkan qada’ puasanya sehingga masuk ramadhan yang lain hanya wajib mengqada’kan puasanya sehari jua bagi tiap hari yang ditingalkan, dan tidak perlu dia menggandakan qada’nya hanya yang diganda bilangan cupak yakni bilangan fidyah.
6. Perempuan yang hamil yang meningalkan puasa ramadan sebab takut mudarat anak dalam perut sedang tadak takut mudarat dirinya. Dia wajib mengeluarkan fidyah dan wajib qada’.
7. Perempuan meningalkan puasa ramadan sebab takut mudarat anak dengan sebab kurang susu tetapi tidak takut mudarat dirinya. Dia wajib mengeluarkan fidyah dan wajib qada’
8. Orang yang terlalu tua, wajib membayar fidyah sahaja dan tidak wajib mengqada’ puasanya, sekalipun kemudian dari itu dia boleh berpuasa.
9. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh wajib membayar fidyah sahaja dan tidak wajib mengqada’ puasanya, sekalipun kemudian dari itu dia boleh berpuasa.
10. Orang yang berbuak puasa ramadan kerana menolong orang yang tengelam air atau lainnya maka dia wajib qada’ serta fidyah.

Jadual wajib fidyah. Sila lihat di atas lebih terperinci

Puasa atau qada’
fidyah
Catatan
1. Orang yang mati ada meningalkan puasa dengan uzur ada masa qada’
Harus diqada’ oleh wali dan tidak wajib fidyah
Wajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh wali
Harus orang lain mengqada’ puasa dengan izin wali
2. Orang mati meningal puasa dengan tiada uzur tiada masa qada’
Harus diqada’ oleh wali dan tidak wajib fidyah
Wajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh wali
Harus orang lain mengqada’ puasa dengan izin wali
3. Orang yang mati ada puasa nazar dan ada masa berpuasa tetapi tidak puasa
Harus dipuasa oleh wali dan tidak wajib fidyah
Wajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh wali
Harus orang lain berpuasa dengan izin wali
4. Orang yang ada puasa kafarah ada masa berpuasa tetapi tidak puasa
Harus dipuasa oleh wali dan tidak wajib fidyah
Wajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh wali
Harus orang lain berpuasa dengan izin wali
5. Orang yang melewatkan qada’ puasanya
Wajib qada’ puasa
Wajib satu cupak bagi setiap hari mengikut tempoh kelewatan
Sekira dia mati dan puasa yang dilewatkan melangkau satu ramadan wajib dua cupak
6. Perempuan yang takut mudarat anak dalam kandungan shj.
Wajib qada’ puasa
Wajib satu cupak bagi setiap hari

7. Perempuan yang takut mudarat anak yang disusu shj.
Wajib qada’ puasa
Wajib satu cupak bagi setiap hari

8. Orang yang terlalu tua tidak mampu berpuasa

Wajib satu cupak bagi setiap hari
Sekiranya dia boleh berpuasa kemudian nya dia tidak wajib qada’
9. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dan tidak mampu berpuasa
Wajib satu cupak bagi setiap hari
Sekiranya dia boleh berpuasa kemudian nya dia tidak wajib qada’
10. Orang yang berbuak puasa ramadan kerana menolong orang dalam bahaya
Wajib qada’ puasa
Wajib satu cupak bagi setiap hari


Mereka yang tidak wajib membayar fidyah kerana meningalkan puasa.
1. Orang yang meningalkan puasa ramadan dengan sebab uzur dan dia tidak ada masa mengqada’nya sehinga dia mati. Contoh tidak ada masa mengqada’, seperti dia mati selepas ramadan, atau berkekalan sakit sehinga dia mati.
2. Orang yang ada puasa nazar dan dia tidak ada masa memperbuatnya sehinga dia mati. Contoh seorang yang bernazar sekiranya dapat anak dia akan berpuasa selama tiga hari, kemudian dia pun mendapat anak dan dia mati pada keesokkan harinya atau sakit pada keesokkan harinya sehinga mati maka tidak perlu dikeluarkan fidyah kerana dia tidak ada masa memperbuatnya.
3. Orang yang ada puasa kafarah dan di tidak sempat memperbuatnya dan dia pun mati atau sakit berterusan sehinga mati.
4. Perempuan yang menyusukan anak yang takut mudarat pada dirinya atau yang takut mudarat pada dirinya dan anak yang disusuinya.
5. Perempuan hamil yang takut mudarat dirinya atau mudarat dirinya dan anak di dalam kandungannya.
6. Perempuan yang meningalkan puasa ramadan dan dia tidak dapat mengqada’nya dengan sebab menyusukan anak atau hamil sehinga berselang beberapa ramadan. Perempuan ini tidak perlu membayar fidyah dan dia hanya perlu mengqad’ puasanya sahaja. Contoh, seorang perempuan beranak sebelum ramadan dan dia tidak berpuasa kerana dia di dalam nifas, setelah ramadan darahnya berhenti dan dia sedang menyusukan anak, dalam masa dia menyusukan anaknya dia hamil dan seterusnya dia beranak, dan masuk ramadan yang lain sedangkan dia tidak mengqada’ puasanya yang telah dia tingalkan kemudian dia menyusukan anak lagi begitulah seterusnya sehinga beberapa tahun. Oleh kerana dia hamil dan menyusukan anak maka dia dikira ada uzur. Dan dia boleh (tidak berdosa) menanguhkan qada puasanya sehinga masuk ramadan yang lain

Last Updated (Saturday, 17 April 2010 23:11)
 

Wednesday, September 29, 2010

Tips menangani anak2 samada yg ada masalah emosi atau active

Internet research by Siti Khadijah Hassan:

Untuk menangani anak nakal.Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.
1.selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan kat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur...
2.kita kena sabar bebanyak...pendekatan moden sekarang ialah jgn menangan anak...tapi slow talk dan pujuk lebih baik disamping byk berdoa pada Allah mintak dilembutkan hatinya
3. bangun pagi..peluk anak sebyk 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati
    (bergantung pd niat kita utk si anak)

4. baca al-fatihah,lbaca surah taha ayat 1-5..dan kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x
   "YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU
    LEMBUTKAn  NABI DAUD AKAN BESI"  dan hembuskan makanan/minuman atau kalo
    anak masih menyusu..hembuskan  pd susu.
5. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

6.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

7. Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

8.Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

9.Selepas solat lima waktu, saya mengamalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.



Soalan dijawab oleh Rosnah Ahmad, Pengusaha Tadika dan Taska Islam dan Ahli Jawatankuasa Wanita JIM Pahang. Persoalan dan jawapan layari 
www.wanitajimceria.blogspot.com
Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan
anak2 bergaduh
-  Surah Al Baqarah - Ayat 102 
 
Anak2 pandai belajar
-  Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79 

Anak2 lembut hati/ elak panas baran
-  Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,   Surah Al Hasyr - Ayat 22-24 

Anak2 malas sekolah
- Surah Toha ayat 1-5    

Bg anak2 yg suka keluar malam
-  Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Saturday, July 31, 2010

Hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya'aban.

Petikan Fatwa Sahibus Samahah Al-Fadhil Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah.

Terjemahan: Ibnu Juhan Al-Tantawi


Soalan:

Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?


Jawapan:

Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).

Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.


Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد

1. Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A. telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi S.A.W. pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb."

[Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad]


عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان

2. Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A. bahawa Nabi S.A.W. telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”

[Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban]


عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه

3. Hadis daripada Saidina ‘Ali K.W.H. R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”

[Riwayat Ibnu Majah]


Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.


عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً" - متفق عليه

4. Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”

[Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim]


Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :

“Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”


Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :

“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.

Pertamanya:

Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.

Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.

Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah: “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.


Keduanya:

Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim. "


Kesimpulannya:

Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.

Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.


Sumber:

Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-( 68 ), bil ( 8 ) Sya’ban 1430, m/s 136.
Wadil Ilmi