Friday, October 21, 2005

Kuliah 3 : Keagungan Solat (dibimbing oleh Ustazah Dr Kauthar)

(Nota dicatat oleh Rodziah & Kak Chik)

Kenapa kita mesti Solat?

- solat (yang diterima Allah) boleh mengelak diri dari buat kemungkaran dan maksiat.
- solat kena datang dengan hati dan bukan sekadar lisan
- untuk khusyuk solat maka kita kena hayati bacaan dan maknanya.
- khusyuk adalah satu anugerah dari Allah dan sekali khusyuk dlm seumur hidup pun sudah memadai.

Firman Allah: "Tidak Aku (Tuhan) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada-Ku."

Dengan jelas, tujuan manusia dijadikan adalah untuk menjadi hamba kepada yang Esa. Sungguh pun demikian, Allah tidak melepaskan manusia sebegitu sahaja, maka dianugerahkan Solat kepada manusia (terlalu istimewa dan penting hingga ianya disampaikan secara terus kepada Rasulullah s.a.w didalam peristiwa Isra' & Mikraj- tidak seperti ibadah yang lain yang disampaikan melalui malaikat Jibril).

Ketika mengerjakan ibadah (solat), unsur yang perlu dibawa sekali untuk mengerjakannya:-
1. Fizikal
2. Akal
3. Nafsu
4. Hati

Contohnya:
Fahaman didalam bacaan al fatehah - faham maknanya spt : Malikiyaummiddin - raja di hari kemudian... apa maksudnya.

Semua diatas boleh dilakukan dengan adanya latihan2. Untuk permulaan, mulakan dengan satu persatu dan akhirnya semua unsur tersebut dapat dibawa di dalam solat.

Begitu pentingnya ibadah solat ini iaitu sebagai ibadah rasmi untuk manusia melahirkan berbagai-bagai perasaan kehambaan (takut, hina, cemas, gementar, berharap) kepada Allah SWT. Dan perasaan kehambaan ini, akan membakar sifat mazmumah (keji) didalam diri manusia seperti sombong, bakhil, pemarah, cinta dunia, hasad dengki, riak dsb.

Dengan bersolat, seorang hamba akan dekat dengan Allah, dan akan beroleh kejayaan kerana segala hidupnya telah menjadi ibadah (niat kerana Allah) seperti dijanjikan didalam solat (yang dibaca di dalam Doa 'iftitah).

Solat merupakan ibu segala ibadah dan juga tiang seri agama Islam. Ibadah yang sedikit tapi disertai dengan rasa takut kepada Allah adalah lebih baik dari ibadah yang banyak tapi hanya ada rasa riak dalam diri.

No comments: