Tuesday, September 27, 2005

Kuliah 2: Peranan dan Falsafah Solat

**Notes taken by Haseena Hassan

Module Solat Membina Peribadi Agong


RINDUILAH SEMBAHYANG DENGAN MENCINTAI TUHAN

Di zaman ini, ramai di antara umat Islam di dunia tidak menghayati peranan dan falsafah sembahyang. Pendekatan kepada menguatkan iman berkurangan, ibadah dilakukan untuk memenuhi ketuntutan syariat, tidak lebih dari itu. Di sebabkan ini, kita mendapati dimana mana jua, umat Islam mengerjakan sembahyang, membaca Quran dan sebagainya tetapi ibadat itu tidak menjadi penghalang daripada mereka melakukan a' si..iaitu perkara perkara maksiat. Sembahyang yang sebetulnya seperti dituntut Islam, adalah sembahyang yang menyeluruh, ia mencegah seseorang itu daripada fa'sha dan mungkar (perkara keji). Pada zaman ini, tidak ada lagi rasa sayang dan takut pada Allah, Allah di sembah tanpa dihayati.

Sembahyang mempunyai falsafah dan peranan yang perlu difahami dan didalami.

Falsafah Sembahyang

1. Membina Iman
2. Membina Syariat


Nabi Muhammad s.a.w memperjuangkan Islam selama 23 tahun. 13 daripadanya di Mekah hanya membina dan memperkukuhkan Iman-Tauhid. Selepas Iman sudah bertapak di hati barulah Rasullullah (saw) menyambung membina Syariat di Madinah selama 10 tahun. Walaupun membina Iman ini di kira sebagai satu tugas(membina Iman) dan membina syariat ini dikira sebagai beribu tugas(syariat ekonomi, pendidikan, perkahwinan dll), membina Imanlah yang diberi 'priority' kerana hanya apabila Iman sudah bertapak dihati barulah yang syariat akan dilaksanakan dengan sempurna di mana mana kerana kesedaran sedia ada bahawa Tuhan berada di mana mana. Bukan seperti umat Islam di zaman ini, ibadahnya hanya di tikar sembahyang dan di masjid, tetapi selepas selesai ibadahnya, dosa masih berleluasa. Dan umat Islam sekarang walaupun melaksanakan tuntutan syariat, kerana Iman (Tauhid) tidak kuat, mereka menderhaka di dalam amal. Amalan sperti sembahyang menjadi seperti senaman kerana hati tidak terdidik.

Di dunia ini ramai yang berugama dan ramai yang beribadat. Untuk umat islam, ibadat khusus/rasmi untuk ugama Islam ialah sembahyang. Perbezaan antara ugama dan ideologi ialah yang disembah di dalam ideologi bukan tuhan tetapi sesuatu pemahaman.

Hidayah : adalah petunjuk dari Allah. swt. Hidayah adalah kesedaran, terbukanya hati untuk menerima kebenaran. Hidayah adalah anugerah Tuhan.
Taufiq : Kekuatan/desakkan, bisikkan untuk melaksanakan ibadah. Keinginan untuk belajar/memahami dengan lebih mendalam mengenai ugama Islam dan tuntutannya.

Perlu diingati, anugerah datang dari Tuhan dan boleh ditarik balik bila bila sahaja, perlu di pupuk dengan ILMU.

Peranan Sembahyang

1. Rasa Hamba
2. Rasa Bertuhan


Perana sembahyang adalah untuk mencegah daripada melakukan amalan ibadat tanpa akal dan hati terlibat didalam ibadah itu. Sembahyang tanpa akal dan hati serupa seperti berlakun di hadapan Allah swt. Hanya bersenam. Sembahyang seperti ini tidak mencegah perangai kedekut, kasar, mencintai dunia dan sebagainya.

Kesimpulannya, dengan menghayati falsafah dan peranan sembahyang, sendirinya akan melahirkan umat islam yang ROHnya terbina, yang akan beribadat demi Allah swt. Umat islam akan berkelakuan dengan sifat terpuji kerana sayang dan takut pada Allah tanpa mengharapkan apa apa balasan. Objektif sembahyang seperti dikehendaki akan terlaksana iaitu sembahyang akan membakar Mazmumah (sifat keji) dan membangunkan sifat Mahmudah(sifat terpuji).

Apabila terlihat upacara keagamaan ugama lain, Bacalah La ilahaillah, la ma'(dibaca bunyi 'Ain) buda ilallah.

Dan juga selalulah buat Sujud Syukur di atas segala rahmat yang diterima dari Illahi. Disyorkan selepas setiap kali solat. Rukun Sujud Syukur: Niat, Takbiratul ihram, Sujud, Salam.

No comments: